Penyakit jangkitan kuman pneumokokal (Streptococcus pneumoniae) adalah penyebab jangkitan kuman paru-paru yang tertinggi di dunia yang menyebabkan morbiditi dan mortaliti. đPerebakannya dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui rembesan cecair paru-paru seperti air liur dan mukus. Selain daripada pencegah jangkitan kuman peparu yang utama, vaksin pneumokokal juga adalah pencegah jangkitan kuman selaput otak (meningitis), jangkitan kuman telinga tengah (otitis media) yang biasa berlaku pada golongan kanak-kanak dan bakterimia iaitu pengaliran kuman pneumokokal dalam saluran sistemik darah. Kajian- kajian terbaru membuktikan bahawa vaksin pneumokokal melindungi: đĄSekurang-kurangnya 8 dari 10 bayi penyakit jangkitan pneumokokal yang serius. đĄSekurang-kurangnya 75 dari 100 orang warga emas berumur 65 tahun ke atas dari jangkitan pneumokokal yang serius. đĄSekurang-kurangnya 45 dari 100 orang warga emas berumur 65 tahun ke atas dari jangkitan kuman pneumokokal paru-paru. Jenis- jenis vaksin pneumokokal yang utama: đSynflorix (Pneumokokal konjugat): Mempunyai 10 strains pneumokokal dan âcoverageâ adalah untuk sepanjang hayat. Boleh diberikan kepada bayi seawal usia 6 minggu. đPrevenar- 13 (Pneumokokal konjugat): Mempunyai 13 strains pneumokokal dan âcoverageâ adalah untuk sepanjang hayat. Boleh diberikan kepada bayi seawal usia 6 minggu. đPneumovax-23 (Pneumokokal polisakarida): Mempunyai 23 strains pneumokokal dan perlu diperbaharui setiap 5 tahun. Boleh diberikan kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun. Jadual suntikan vaksin yang disarankan adalah seperti berikut: đUmur diantara 6 minggu sehingga 6 bulan: 4 dos (2 bulan jarak jarak untuk setiap dos) đUmur diantara 6 bulan sehingga 12 bulan: 3 dos (2 bulan jarak untuk setiap dos) đUmur diantara 12 bulan sehingga 2 tahun: 2 dos (2 bulan jarak untuk setiap dos) đUmur 2 tahun dan ke atas: 1 dos đŁđŁ"Centers for disease control and preventionâ (CDC) sangat menyarankan supaya vaksin pneumokokal diambil oleh golongan seperti: đKanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. đOrang tua berumur lebih dari 65 tahun. đOrang yang berusia antara 2 hingga ke tahun yang mempunyai masalah-masalah seperti: âPenyakit-penyakit kronik contohnya seperti penyakit jantung, hati, peparu dan buah pinggang, penyakit lelah asma dan penyempit saluran peparu disebabkan merokok dan juga pesakit yang menghidap kencing manis. âPenyakit lemah sistem pertahanan badan seperti HIV/AIDS, kanser atau yang mempunyai kerosakan atau telah membuang limpa. âYang telah melalui prosedur telinga âcochlear implantâ âPesakit yang menghisap rokok. â BOLEH DIBERIKAN SEKALI DENGAN VAKSIN YANG LAIN PADA MASA YANG SAMA CUMA BERLAINAN TEMPAT!! â ď¸Kontraindikasi vaksin pneumokokal: 1.Tidak boleh diberikan kepada pesakit yang ada sejarah alergi yang teruk kepada suntikan pneumokokal. 2.Kanak-kanak yang kurang daripada umur 6 minggu â ď¸Kesan sampingan yang biasa: Kurang selera makan, senang âirritableâ, mengantuk, kurang selera makan, demam, merah di kawasan suntikan dan ruam-ruam di badan. đRujukan: â The Malaysian Medical Gezette â Pneumococcal Vaccine: Centers for disease control and prevention (CDC) â Paediatric Protocol for Malaysian Hospital, 3rdEdition â World Health Organization (WHO): Pneumococcal conjugate vaccine đ¨đťââď¸ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHEâ MAN âDOKTOR RESIDENT KLINIK AS-SALAM INDERA MAHKOTA âPENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA, âDEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE, KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM KUANTAN PAHANG.
