Adakah anda yang ragu-ragu samada kita boleh lihat jantina bayi dengan tepat semasa pemeriksaan ultrasound?

Dengan kualiti mesin ultrasound masakini, hampir semua mampu menghasilkan imej yang jelas. Tak perlu 3D4D pun, percayalah, anda mampu memahami imej jantina 2D yang yang baik.
Mungkin tips berikut boleh membantu anda dalam misi mengetahui jantina bayi dengan tepat melalui ultrasound.
1 - Kejelasan imej sangat bergantung kepada kualiti mesin ultrasound. Jadi, sebelum membuat temujanji, anda boleh juga dapatkan rujukan dari rakan-rakan yang telah menjalani pemeriksaan ultrasound berkenaan klinik manakah yang mereka sarankan.
2 - Tetapkan temujanji atau plan lawatan anda ke klinik pada usia kandungan antara 20 – 30 minggu.
3 - Sebelum doktor atau sonographer memulakan pemeriksaan, maklumkan bahawa sebolehnya anda mahu mengetahui jantina.
4 - Pastikan anda akan memperoleh imej ultrasound yang menunjukkan jantina bayi.
Walaubagaimanapun, berikut adalah beberapa keadaan dan saranan apa yang perlu anda lakukan jika jantina bayi tidak kelihatan.
Sekiranya kaki bayi sentiasa rapat sepanjang pemeriksaan atau bayi meniarap, anda boleh minta doktor atau sonographer ulang scan selepas beberapa minit untuk memberi peluang bayi berubah posisi.
Sekiranya keadaan mengizinkan, biasanya doktor atau sonographer tidak akan keberatan. Sekiranya masih tidak kelihatan setelah ulang scan, anggap tiada rezeki anda pada hari tersebut.
Sekiranya jantina tidak kelihatan kerana kandungan air ketuban yang sedikit atau keadaan bayi songsang, sebaiknya anda mengulang scan pada hari atau minggu yang lain.
Pada kebanyakan keadaan, apa yang diperlukan untuk mengetahui jantina dengan tepat ialah MASA. Mungkin anda tidak bernasib baik selama tempoh 5-10 minit pemeriksaan ultrasound tersebut, tetapi tidak mungkin anda tidak bernasib baik selama 30 minit.
Peluang anda sangat tinggi melihat jantina dengan tepat sekiranya anda melakukan DETAIL SCAN. Ini kerana tempoh purata yang diambil untuk detail scan antara 20-30 minit. Biasanya anda boleh melihat jantina bayi bukan sekali malahan berkali-kali.
Jadi apakata jangan perlu pening kepala, dapatkan temujanji anda untuk DETAIL SCAN dan biar sonographer yang pujuk bayi anda ya.
Temujanji ultrasound/scan boleh dibuat secara online di https://www.kliniksalam.com/book-online