Aug 8, 2018

Pemeriksaan kehamilan dengan pregnancy test kit

0 comments

 

Kalau tak datang haid tu, cubalah buat pemeriksaan kehamilan dengan cara pregnancy test kit. Boleh beli di farmasi kit pregnancy test yang kesan melalui air kencing tu. Kehadiran hormon hCGmelalui ujian air kencing pada tempoh ini boleh memberi keputusan positif hamil. Sekiranya positif, sebaiknya berjumpa pegawai perubatan untuk pemeriksaan seterusnya.

 

Pemeriksaan bersama pegawai perubatan pada peringkat awal kehamilan sangat penting untuk beberapa tujuan berikut:

  1. Memastikan kehadiran kantung bayi di dalam rahim

  2. Memastikan tiada risiko kandungan luar rahim

  3. Menentukan tarikh jangka kelahiran

  4. Sekiranya kehamilan kembar (atau lebih), untuk menentukan jenis kembar.

  5. Membekalkan ibu dengan supplement berkaitan yang sangat penting diambil semasa awal kehamilan.

Selebihnya, ikutlah nasihat doktor kerana management seterusnya berbeza bagi setiap orang. Walaupun, anda baru sahaja mendapat tahu tentang kehamilan ini dan merasakan terlalu awal untuk membuat pemeriksaan kehamilan, perkara sebaliknya berlaku terhadap perkembangan janin.

New Posts
  • Proses akhir embryology . Pada ketika ini, perkembangan janin adalah seperti berikut: Kepala – berbentuk lebih bulat. Mata, kelopak mata, hidung, mulut, dan telinga telinga kelihatan. Otak – membahagi kepada struktur yang lebih kompleks seperti choroid plexus , cerebellum , lateral ventricles dan vascular plexus . Tangan dan kaki – lebih panjang dan “bergerak” ke bahagian depan badan. Siku mula terbentuk. Sistem pemakanan – mula “berpindah” ke bahagian dalam abdomen. Genitalia – mula membentuk jantina perempuan atau lelaki. Bagi kandungan kembar (atau lebih), pemeriksaan kehamilan di antara 5-10 minggu adalah sangat penting untuk menentukan jenis kembar. Membran amnion peringkat awal ini boleh memberi gambaran samada kembar seiras atau tidak, atau kemungkinan berlainan jantina atau sama. Menentukan tarikh jangka kelahiran bukan sahaja untuk mengetahui usia sebenar bayi, tapi boleh mempengaruhi penilaian doktor sekiranya bayi mengalami gangguan pertumbuhan dan pembesaran semasa proses kehamilan ( intrauterine growth restriction), ibu mengalami diabetes ( gravidum diabetes melitus).  Diharap para pembaca dapat faham sedikit sebanyak tentang pentingnya membuat pemeriksaan kehamilan seawal yang mungkin.
  • Pada minggu ke-9, anggaran saiz janin 23mm. Ketika ini, majoriti system tubuh seperti system endocrine, respiratory, neural, mula berfungsi. Usus terbentuk di “luar” abdomen janin dan pergerakan bayi telah dapat dilihat. Juga, struktur muka dan otak bayi mula kelihatan
  • Pada minggu ke-8, anggaran saiz janin ialah 16mm. Pada masa ini, tangan dan kaki kelihatan lebih panjang. Jantung akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Badan kelihatan lebih lurus. Antara organ yang menjadi lebih matang ialah beberapa jenis kelenjar seperti thymus , pituitary , adrenal , parathyroid . Jantung dan paru-paru “berpindah” ke bahagian toraks.  Bibir, lidah, hidung, rahang dan tulang mata mula terbentuk.