
Pada minggu ke-6, anggaran saiz janin ialah 5mm. Proses utama dalam tempoh ini dipanggil organogenesis – iaitu sel dan tisu mula membentuk ciri-ciri spesifik untuk pembentukan organ-organ. Sebagai contoh, tisu di bahagian “kepala” mula menjadi tisu untuk mata, telinga, atau otak.
Manakala tisu di bahagian “badan” mula menjadi tisu tulang atau organ-organ lain. Pada ketika ini, jantung bayi telah berfungsi dan dapat dikesan dengan ultrasound. Neural tube mula tertutup. Kegagalan neural tube tertutup sempurna boleh menyebabkan abnormalities berkaitan otak, tulang belakang dan saraf tunjang. Jangan ambil mudah ya perkara ini, ikutlah nasihat pakar perubatan.