Aug 8, 2018

Minggu Ke - 5

0 comments

 

Pada minggu ke-5, usia sebenar janin adalah antara 15-22 hari. Embrio telah terbentuk di dalam kantung bayi tetapi terlau kecil untuk dilihat (anggaran saiz 4mm) secara jelas. Antara aktiviti utama tempoh ini ialah pembentukan awal neural, tulang, jantung dan lapisan awal kulit

 

New Posts
  • Proses akhir embryology . Pada ketika ini, perkembangan janin adalah seperti berikut: Kepala – berbentuk lebih bulat. Mata, kelopak mata, hidung, mulut, dan telinga telinga kelihatan. Otak – membahagi kepada struktur yang lebih kompleks seperti choroid plexus , cerebellum , lateral ventricles dan vascular plexus . Tangan dan kaki – lebih panjang dan “bergerak” ke bahagian depan badan. Siku mula terbentuk. Sistem pemakanan – mula “berpindah” ke bahagian dalam abdomen. Genitalia – mula membentuk jantina perempuan atau lelaki. Bagi kandungan kembar (atau lebih), pemeriksaan kehamilan di antara 5-10 minggu adalah sangat penting untuk menentukan jenis kembar. Membran amnion peringkat awal ini boleh memberi gambaran samada kembar seiras atau tidak, atau kemungkinan berlainan jantina atau sama. Menentukan tarikh jangka kelahiran bukan sahaja untuk mengetahui usia sebenar bayi, tapi boleh mempengaruhi penilaian doktor sekiranya bayi mengalami gangguan pertumbuhan dan pembesaran semasa proses kehamilan ( intrauterine growth restriction), ibu mengalami diabetes ( gravidum diabetes melitus).  Diharap para pembaca dapat faham sedikit sebanyak tentang pentingnya membuat pemeriksaan kehamilan seawal yang mungkin.
  • Pada minggu ke-9, anggaran saiz janin 23mm. Ketika ini, majoriti system tubuh seperti system endocrine, respiratory, neural, mula berfungsi. Usus terbentuk di “luar” abdomen janin dan pergerakan bayi telah dapat dilihat. Juga, struktur muka dan otak bayi mula kelihatan
  • Pada minggu ke-8, anggaran saiz janin ialah 16mm. Pada masa ini, tangan dan kaki kelihatan lebih panjang. Jantung akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Badan kelihatan lebih lurus. Antara organ yang menjadi lebih matang ialah beberapa jenis kelenjar seperti thymus , pituitary , adrenal , parathyroid . Jantung dan paru-paru “berpindah” ke bahagian toraks.  Bibir, lidah, hidung, rahang dan tulang mata mula terbentuk.