Aug 8, 2018

Siapakah yang perlu menghadiri breast scan ultrasound?

0 comments

Edited: Aug 8, 2018

 

Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011

© MOH/P/IKN/01.16 (AR)

 

Semua wanita yang menemui keganjilan payudara seperti berikut :

  • Terdapat benjolan atau ketulan di kawasan payudara atau di bawah ketiak

  • Terdapat nipple discharge iaitu sebarang lendiran yang keluar dari putting payudara samada berwarna jernih, nanah atau darah

  • Bentuk payudara yang tidak sekata samada tertarik ke satu bahagian atau salah satu payudara bertambah saiz dalam tempoh yang singkat.

  • Puting yang tiba-tiba tenggelam tau tertarik ke dalam

  • Rasa bengkak yang berlarutan

  • Terdapat tompokan warna kulit yang berbeza yang baru terbentuk

  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah payudara

  • Semua wanita berumur 40 tahun ke atas.

New Posts
  • Tidak. Terdapat banyak jenis ketumbuhan payudara dan salah satu fungsi ultrasound ialah untuk mengklasifikasi jenis-jenis tumor tersebut. Antara contoh-contoh ketumbuhan yang ditemui semasa breast ultrasound scan : Imej “solid lesion” dengan colour Doppler. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “solid lesion”. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “infected cyst”. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “complex cyst” © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “septated cyst”. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “enlarged metastatic lymph node”. © Marni Ahmad| sonographr.com Hanya melalui kombinasi breast ultrasound scan, mammogram, MRI (atau gabungan) dan ujian biopsy, komponen tumor payudara dapat dipastikan dengan tepat samada mengandungi sel kanser atau tidak.
  • Secara amnya, ketumbuhan atau tumor terbahagi kepada 2 jenis samada tumor bersifat cecair (cyst) atau tumor bersifat solid tissue. Imej “solid lesion” daripada breast scan. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej cystic lesion daripada breast scan. © Marni Ahmad| sonographr.com Perlu difahami bahawa tidak semua jenis tumor dapat dikesan melalui pemeriksaan sendiri di rumah, terutamanya jika ia kecil dan/atau terletak di lapisan payudara dalam. Bahkan, ramai wanita memilikinya tanpa mengetahuinya. Inilah antara sebab,  wanita digalakkan menjalankan pemeriksaan rutin (setahun sekali contohnya ) berdasarkan faktor risiko seseorang.
  • Imej-imej yang diperolehi semasa pemeriksaan ultrasound akan disemak oleh radiologist atau doktor yang bertauliah mengintepretasi imej-imej ultrasound payudara. Keputusan tersebut akan diterangkan kepada anda. Laporan bertulis juga akan disediakan untuk rekod anda. Doktor akan menerangkan secara terperinci sekiranya, follow-up atau rawatan susulan diperlukan. Berikut contoh-contoh imej normal breast ultrasound: Imej breast scan yang normal. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “dense breast” dengan cyst. © Marni Ahmad| sonographr.com Imej “lactating breast”. © Marni Ahmad| sonographr.com