3 tujuan utama pemeriksaan ultrasound payudara dilakukan ialah:
1. Mengenalpasti jenis-jenis breast lump ataupun benjolan/ketulan tisu payudara
Oleh kerana prosedur yang mudah dan cepat, ultrasound digunakan sebagai primary investigation sekiranya terdapat keganjilan/abnormalities yang dikesan semasa pemeriksaan fizikal oleh doktor atau pemeriksaan sendiri di rumah. Antara keganjilan yang biasanya memerlukan pemeriksaan ultrasound ialah sekiranya terdapat ketulan payudara atau jika terdapat nipple discharged.
2. Pengesanan barah payudara atau breast cancer
Mammogram masih dianggap teknik pengimejan utama dalam rutin mengesan barah payudara (breast cancer screening ). Walaubagaimanapun, oleh kerana mammogram meggunakan prinsip ionized radiation, ia tidak digalakkan dijalankan terhadap wanita di bawah umur 40 tahun jika pesakit tidak termasuk dalam golongan high risk. Oleh kerana wanita di bawah umur 40 tahun juga terdedah kepada risiko barah payudara, maka ultrasound lebih banyak menjadi pilihan.

Statistik breast cancer di Malaysia
3. Digunakan semasa prosedur biopsi (fine needled biopsy)
Sekiranya ketulan atau benjolan yang ditemui dalam ultrasound bersifat suspicious doktor akan menjalankan biopsy dengan bantuan ultrasound. Biopsi adalah prosedur dimana sedikit tisu benjolan tersebut diambil dan dihantar ke makmal untuk kajian lanjut samada benjolan itu mengandungi sel kanser.
Breast scan juga dIgunakan sebagai follow-up terhadap benjolan/ketumbuhan yang ditemui sebelumnya.