Secara amnya, ketumbuhan atau tumor terbahagi kepada 2 jenis samada tumor bersifat cecair (cyst) atau tumor bersifat solid tissue.

Imej “solid lesion” daripada breast scan.
© Marni Ahmad| sonographr.com

Imej cystic lesion daripada breast scan.
© Marni Ahmad| sonographr.com
Perlu difahami bahawa tidak semua jenis tumor dapat dikesan melalui pemeriksaan sendiri di rumah, terutamanya jika ia kecil dan/atau terletak di lapisan payudara dalam. Bahkan, ramai wanita memilikinya tanpa mengetahuinya. Inilah antara sebab, wanita digalakkan menjalankan pemeriksaan rutin (setahun sekali contohnya ) berdasarkan faktor risiko seseorang.