Soalan Lazim

1. Apakah jenis ujian saringan Covid-19 yang dijalankan di Klinik As-Salam?

Ujian COVID-19 yang dijalankan di Klinik As-Salam adalah RTK Antigen (Rapid Test Kit Antigen) dan PCR (Polymerase Chain Reaction).

2. Apakah perbezaan di antara kedua-dua ujian ini?

Kedua-dua ujian memerlukan sampel swab daripada nasopharyngeal (hidung). Untuk ujian PCR juga memerlukan sampel swab daripada oropharyngeal (tekak).

PCR: Rt-PCR atau dikenali sebagai Reverse transcriptase Polymerase Chain Reaction adalah ujian pengesahan yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengesahkan jangkitan virus COVID-19 pada individu yang disyaki

RTK Ag: Keputusan ujian menggunakan RTK Ag lebih cepat berbanding Rt-PCR. RTK Ag mempunyai tahap sensitiviti 90% dan spesifisiti 100%. Disebabkan itu, RTK Ag boleh digunakan sebagai kaedah alternatif untuk ujian COVID-19. Walau bagaimanapun, RTKAg hanya diguna pakai di Malaysia untuk ujian pengesanan COVID-19 sahaja manakala Rt-PCR untuk ujian pengesahan.

3. Bilakah saya perlu memilih antara RTK Antigen atau PCR?

RTK Antigen
Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang gejala COVID-19 
Saringan tempat pekerjaan
Saringan perjalanan
Saringan komuniti (tidak bergejala tetapi ingin membuat ujian atas inisiatif sendiri)
PCR
Anda rasa anda mempunyai gejala COVID-19 
Anda adalah kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19 
Anda baru sahaja pulang dari zon merah (berdasarkan ketetapan daripada KKM dan MKN setiap hari)

4.. Apakah yang dimaksudkan dengan kontak rapat?

5. Berapa lamakah tempoh masa untuk mendapatkan keputusan ujian saringan RTK- Antigen dan PCR?

Tempoh masa untuk mendapat keputusan ujian RTK-Antigen ialah dalam masa 24 jam, manakala untuk PCR memerlukan masa 48-72 jam atau lebih, bergantung kepada kapasiti makmal ujian.

6. Berapa kos untuk buat ujian RTK-Antigen dan PCR?

Kos untuk menjalani ujian RTK Antigen ialah RM120/ujian untuk tempahan individu atau berkumpulan (1-19 orang), dan RM110/ujian untuk tempahan 20 orang ke atas.

 

Kos untuk menjalani ujian PCR ialah RM250/ujian untuk tempahan individu atau berkumpulan (1-19 orang), dan RM220/ujian untuk tempahan 20 orang ke atas.

7. Sekiranya saya perlu menjalani ujian PCR dengan segera dan memerlukan keputusan ujian kurang daripada 24 jam, apakah yang perlu saya lakukan?

Kami tidak dapat memberikan keputusan ujian PCR dengan segera kerana tertakluk dengan prosedur makmal. Sekiranya anda memerlukan keputusan segera, anda boleh membuat ujian di hospital swasta lain yang mempunyai kemudahan makmal sendiri

8. Bagaimanakah untuk membuat tempahan slot ujian COVID-19 di Klinik As-Salam?

Anda boleh berhubung dengan Hotline COVID-19 di talian telefon/Whatsapp berikut:
 

Bandar Baru Bangi

012 704 0969

Lembah Keramat

013 380 2969

Borang pendaftaran akan dikemukakan melalui aplikasi Whatsapp. Pendaftaran hanya akan disahkan selepas bukti pembayaran diberikan kepada pihak pengurusan.

Pilih ujian RTK/PCR

Isikan maklumat peribadi mengikut templat piawai

Buat bayaran melalui akaun

Bandar Baru Bangi

Lembah Keramat

 CIMB Salam Alliance Sdn Bhd

(No akaun 8602 45 3535)

Whatsapp pada: 012 704 0969

 CIMB Salam Gombak Sdn Bhd

(No akaun 8603 52 3531)

Whatsapp pada: 013 380 2969

9. Dimanakah ujian saringan Covid-19 dijalankan?

Ujian saringan COVID-19 di buat di kawasan khemah di hadapan Klinik As-Salam 24 jam.

10. Adakah pihak As-Salam membuat ujian saringan COVID-19 mobile?

Ya. Kami ada menawarkan pakej ujian saringan COVID-19 di kawasan anda. Minimum ujian yang perlu ditempah ialah seramai 30 orang. Untuk tempahan dan maklumat lanjut berkenaan Pakej Mobile Screening anda boleh menghubungi no telefon Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 017 876 0969.

11. Bolehkah saya terus walk-in ke Klinik As-Salam untuk membuat ujian saringan COVID-19?

Kami menggalakkan anda untuk membuat temujanji dan bayaran terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan anda perlu menunggu lama sebelum dapat membuat ujian dan memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard COVID-19. Sekiranya anda perlu juga membuat ujian pada hari tersebut, sila berhubung dengan pihak klinik untuk mendapatkan slot walk-in. (First come first serve basis).

12. Saya telah mendapat pengesahan slot ujian saringan COVID-29, apakah langkah yang seterusnya?

Sebelum Ujian

Elakkan makan makanan berat sebelum menjalani ujian

Sila bawa Kad Pengenalan Diri (IC) atau Pasport untuk pengesahan identiti

Sila menepati masa ujian saringan anda dan hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu ujian

Sila berada di kawasan menunggu yang disediakan dan tunggu giliran anda

Semasa Ujian

Ikut arahan daripada petugas

Petugas akan memasukkan swab stick ke dalam dua-dua lubang hidung. Anda akan rasa kurang selesa tetapi perasaan itu akan hilang dalam masa beberapa minit.

Petugas akan memasukkan satu lagi swab stick ke belakang tekak anda. Anda juga akan rasa kurang selesa tetapi ia akan juga lega selepas beberapa minit.

Selepas sampel daripada hidung dan tekak telah diambil, anda boleh pulang ke rumah untuk kuarantin diri sendiri

Di Rumah

Keputusan ujian RTK-Antigen akan dimaklumkan dalam masa 24 jam manakala PCR dalam masa 48-72 jam

Keputusan akan disampaikan melalui telefon, mesej Whatsapp atau e-mail.

Amalkan kawalan kendiri, jaga jarak fizikal sesama ahli rumah yang lain, dan teruskan menjaga kebersihan diri

Sekiranya anda mempunyai kes kecemasan, sila hubungi pihak ambulans di talian 999 dan maklumkan yang anda sedang menunggu keputusan swab COVID-19.

13. Bolehkah saya mendapat sijil cuti sakit/MC daripada pihak As-Salam selepas ujian COVID-19?

Mengikut prosedur operasi standard, sijil cuti sakit atau MC tidak akan dikeluarkan untuk pelanggan yang menjalani ujian COVID-19. Walaubagaimanapun, pihak Klinik As-Salam boleh mengeluarkan memo untuk mengesahkan kehadiran anda membuat ujian COVID-19 di premis kami.

14. Sekiranya keputusan COVID-19 saya adalah negatif, apakah yang perlu saya lakukan?

Jika keputusan ujian saringan anda adalah negatif, teruskan untuk mempraktiskan penjarakan fizikal dan kekalkan penjagaan kebersihan diri serta kawalan kendiri mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

15. Sekiranya keputusan saya COVID-19 saya adalah positif, apakah yang perlu saya lakukan?

Jika keputusan ujian saringan RTK Antigen anda adalah positif, sila amalkan kuarantin diri sendiri di rumah. Anda masih perlu menjalani ujian PCR sama ada di fasiliti KKM atau di klinik As-Salam untuk tujuan pengesahan COVID-19. (RTK-Antigen tidak digunakan untuk tujuan kemasukan ke hospital).

 

Sekiranya keputusan PCR anda adalah positif, sila amalkan kuarantin diri sendiri di rumah. Pihak klinik As-Salam akan memaklumkan keputusan ujian saringan PCR yang positif kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (KKM), dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya anda mempunyai kes kecemasan, sila hubungi pihak ambulans di talian 999 dan maklumkan yang anda adalah kes positif COVID-19.

Maklumat terkini 21/1/2021:

Disebabkan jumlah kes positif yang sangat tinggi, pihak Kementerian Kesihatan memberi maklumat bahawa anda mungkin perlu menunggu sehingga beberapa hari sebelum mendapat panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kawasan anda. Sila bertenang dan peka dengan arahan daripada pihak KKM. Rujuk aplikasi MySejahtera untuk mengemaskini maklumat gejala anda setiap hari.

Copyright © 2018 by Klinik As-Salam (HQ), Bandar Baru Bangi

Kami Menerima :