DESIGN CONTEST

Muat turun borang penyertaan disini :

REKA GRAFIK

AS-SALAM AMBULANS

As-Salam mempelawa kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan reka grafik kenderaan bagi pengangkutan Ambulans As-Salam. Pertandingan ini akan bermula pada:

17hb Februari 2020 sehingga 31hb Mei 2020

Rekaan grafik yang paling ringkas dan menarik akan dipilih sebagai pemenang dan digunapakai ke atas Ambulans As-Salam.

1. Spesifikasi:

  • Rekaan Grafik adalah terbuka kepada para peserta bagi mencorakkan rekaan ke atas badan Ambulans dengan perkataan “Ambulans As-Salam” dan tidak terhad kepada penggunaan warna.

  • Bebas membuat rekaan berbentuk Logo ataupun Typography.

  • Van yang digunakan adalah model Toyota Hiace.

2. Syarat-syarat Pertandingan:

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

  • Penyertaan daripada kakitangan dari kumpulan As-Salam dan klinik As-Salam adalah tidak dibenarkan.

  • Rekaan tersebut mestilah asli dan pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau membatalkan kemenangan yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli.

  • Penyertaan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya rekaan yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan yang lain.

  • Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dengan nama, alamat, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon untuk dihubungi.

  • Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam format Ai dan jpeg beresolusi tinggi 300dpi disimpan di dalam CD-ROM, DVD atau thumb drive dan dihantar ke alamat 69-71, Jalan 7/7 C, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

  • Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan menggunakan borang yang berlainan.

  • Sebarang kos yang dikeluarkan bagi tujuan penyertaan pertandingan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh para peserta sendiri.

  • Rekaan tidak menyentuh sensitiviti perkauman dan agama.

  • Semua karya penyertaan adalah menjadi Hak Milik Klinik As-Salam.

  • Pemenang akan diumumkan dua (2) minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

JABATAN PERHUBUNGAN KORPORAT SALAM:

017-8760969 | publicrelation2.salam@gmail.com